Sudah mendaftar?
Log masuk di sini
Terma dan Syarat
Sila baca dengan teliti maklumat di bawah sebelum menggunakan laman web RPH365 dan ‘dashboard’ RPH365
SYARAT MENGAKSES
Akses laman web ini dibenarkan oleh RPH365.com (selepas ini dirujuk sebagai “RPH365”) dan perwakilannya tertakluk kepada syarat yang berikut:
DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN MANA-MANA HALAMAN SELEPAS INI, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA DAN SYARAT DI BAWAH. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT DI BAWAH, SILA JANGAN MENGAKSES, ATAU SILA TAMATKAN AKSES ANDA KE LAMAN WEB INI ATAU MANA-MANA HALAMAN YANG SETERUSNYA DENGAN SERTA MERTA.
Rujukan kepada ‘anda’ ialah rujukan kepada orang (-orang) yang mengakses laman web ini. Rujukan kepada ‘kami’ ialah rujukan kepada RPH365. Tajuk-tajuk di sini dimasukkan semata-mata untuk rujukan sahaja.
Maklumat, material, fungsi dan kandungan yang dibekalkan dalam laman web ini dan Syarat Akses seperti dinyatakan di sini boleh dipinda dari masa ke masa, dengan atau tanpa notis, atas budi bicara RPH365. Bagaimanapun, di mana perbezaan atau pindaan tersebut adalah mengikut pendapat kami, cukup penting dan membawa kesan yang besar terhadap pengaksesan anda ke laman web ini, kami akan memberitahu anda tentang perbezaan atau pindaan tersebut dengan memberi anda tujuh (7) hari notis terdahulu melalui paparan pada laman web kami atau melalui kaedah lain yang sama seperti kami fikirkan wajar, melainkan jika kami tidak dapat melakukannya disebabkan keadaan di luar kawalan kami. Di mana perbezaan adalah berkaitan Syarat Pengaksesan ini, akses berterusan anda ke laman web selepas perbezaan tersebut akan dianggap sebagai persetujuan anda dan anda terikat oleh nya.
KELAKUAN ANDA
Akses anda ke laman web ini mesti, pada setiap masa, mematuhi sebarang garis panduan, arahan RPH365 atau sebarang perundangan, peraturan atau penggubalan yang dikenakan dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyeleweng atau menyalahgunakan laman web ini atau perkhidmatan yang terkandung di sini, dalam apa cara pun. Tanpa prejudis kepada kenyataan umum yang terdahulu, anda tidak akan atau membantu mana-mana pihak untuk menggodam atau memperoleh akses tanpa kebenaran ke laman web ini atau sebarang perkhidmatan di sini mahupun mengganggu akses dan penggunaan laman ini oleh orang lain. Tambahan lagi, anda bersetuju bahawa anda tidak akan menjalankan ataupun membantu mana-mana pihak menghantar komunikasi, maklumat atau bahan-bahan yang menjejaskan hak kami atau hak orang lain, yang menjelikkan dari segi moral, yang menjejaskan sistem penjanaan RPH kami atau sekuriti sistem laman web utama dan panel yang menyalahi undang-undang.
PERLAKUAN DAN LARANGAN YANG PENTING
- Anda tidak sepatutnya berkongsi ID (e-mel) Pengguna, Vendor dan Affiliate atau kata laluan dengan mana-mana orang lain.
- Anda tidak boleh memaparkan maklumat akaun anda di tempat yang dapat dilihat orang lain.
- PC dan telefon bimbit anda semasa mengakses RPH365 tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan.
- Bersihkan ingatan cache selepas penggunaan untuk memadamkan maklumat peribadi yang disimpan di dalamnya.
- RPH365 tidak akan meminta ID pengguna dan kata laluan anda melalui e-mel. Laporkan kepada RPH365 jika anda menerima e-mel sedemikian.
- Ia adalah tanggung jawab anda untuk mengemas kini Pelayar Internet anda dengan sekuriti yang terkini.
PENAFIAN WARANTI DAN LIABILITI
Klausa-klausa yang berikut mengenepikan atau menghadkan liabiliti perundangan kami untuk laman web ini. Anda patut membacanya dengan teliti.
Tiada Waranti
Sementara kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan ketetapan, mata wang, ketersediaan, kebenaran dan perlengkapan (dalam konteks tujuannya) tentang maklumat dan material yang terkandung dalam laman web ini, Semua maklumat dan bahan termasuk maklumat tentang perkhidmatan, produk, maklumat kewangan, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau lain-lain perkara yang dibekalkan hanya ‘seperti dipaparkan, dan ‘seperti tersedia’ dan dibekalkan hanya untuk maklumat dan rujukan anda. Oleh yang demikian RPH365 tidak menjamin ketepatan, kecukupan atau kelengkapan maklumat dan bahan sebegini dan menyatakan penafian liabiliti untuk kesilapan atau tertinggal maklumat dan bahan sebegini. Penggunaan seterusnya adalah di atas risiko anda sendiri. Tiada jaminan apa-apa pun, tersirat, tersurat atau statutori termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan tajuk, bukan pelanggaran hak-hak pihak ketiga, kebolehniagaan, kepuasan kualiti, kesihatan untuk tujuan tertentu dan kebebasan daripada virus komputer, diberi berhubung dengan laman web ini, atau sebarang makluman dan bahan yang terkandung dalamnya. Tiada jaminan diberi bahawa akses sebarang maklumat, bahan atau RPH pada laman web ini atau keseluruhan laman web akan dibekalkan tanpa gangguan atau bebas daripada kesilapan atau bahawa sebarang kecelaan yang dikenal pasti akan dibetulkan. Lebih-lebih lagi, tiada jaminan diberi bahawa laman web ini atau sebarang maklumat atau bahan bebas daripada sebarang virus atau lain-lain kod, ejen, program atau makro yang bahaya, merosakkan atau memburukkan. Kami tidak membuat perwakilan atau jaminan mengenai ketepatan, kefungsian atau prestasi perisian mana-mana pihak ketiga yang boleh digunakan berkaitan laman web ini.
SKOP KEGUNAAN LAMAN WEB
Pengguna yang berkenaan
Pengguna yang berkenaan
Laman web ini (dan terutamanya sebarang RPH setiap subjek dan RPH lengkap yang ditawarkan melalui laman web ini) adalah bertujuan untuk mereka yang hanya mengaksesnya dari dalam Malaysia. Bahan-bahan dan maklumat dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diguna oleh orang yang berlokasi atau penduduk dalam bidang kuasa yang menyekat pengagihan bahan-bahan dan maklumat sebegini dan kami tidak menjamin bahawa laman web ini mematuhi atau sesuai untuk digunakan di tempat-tempat di luar Malaysia. Anda perlu sedia maklum tentang dan mematuhi sebarang undang-undang, peraturan dan amalan tempatan yang berkaitan sama ada berkaitan kepada sekatan-sekatan atau sebaliknya dan juga sebarang kebolehgunaan seterusnya menurut keadaan individu anda.
Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengguna laman web ini oleh diri anda dan/atau mana-mana orang mengguna komputer anda dan anda mesti memastikan bahawa mana-mana orang sebegini mematuhi dengan terma dan syarat di sini. Sekiranya anda berada dalam lingkungan undang-undang pihak berkuasa tidak membenarkan atau mengenakan sekatan pada akses terhadap kandungan laman web ini, sejurus itu anda akan berhenti mengakses atau mematuhi sekatan sebegini (mengikut mana yang berkenaan).
HAK CIPTA DAN CAP DAGANG
Hak cipta dalam laman web ini dimiliki oleh RPH365. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian di sini boleh dikeluarkan semula, diedarkan, diterbitkan semula, dipaparkan semula, disiarkan, hiperpautan, dirangka atau dihantar dalam apa cara atau dengan sebarang cara atau disimpan dalam sistem mendapat kembali maklumat tanpa kebenaran bertulis RPH365 terdahulu melainkan jika peruntukan dalam perenggan bertajuk ‘Penggunaan Terhad untuk Vendor dan Affiliate’ di bawah.
Semua RPH, teks, grafik, imej, lukisan, foto, video atau lain-lain multimedia atau sebarang gabungan daripadanya yang tersedia pada laman web ini pada setiap masa dilindungi oleh hak cipta, cap dagang dan tanda perkhidmatan dan sebarang Hak Harta Intelektual yang berkenaan atau hak milik, semuanya ialah harta RPH365 dan di mana berkenaan, hak milik pihak ketiga (Vendor). Tiada hak atau lesen diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk memuat turun, mencetak semula, menjual atau mengguna sebarang kandungan tersebut selain untuk kegunaan dirinya sendiri sahaja.
Penggunaan Terhad untuk Vendor dan Affiliate
Jika anda adalah Vendor atau Affiliate RPH365, anda boleh mencetak, menyalin, memuat turun atau menyimpan kandungan daripada laman web ini, hanya untuk maklumat peribadi anda dan tujuan pemasaran terhadap laman web RPH365 dan perkhidmatan RPH365 sahaja.
Tiada kebenaran hak
Sebarang hak yang tidak dinyatakan di sini adalah terpelihara.
PAUTAN
Pautan ke laman lain
Di mana kami bekalkan pautan hiperteks ke lokasi lain pada internet, ini dilakukan untuk tujuan maklumat sahaja. Tiada pengendorsan atau kelulusan mana-mana pihak ketiga atau nasihat, pendapat, maklumat, produk atau perkhidmatan mereka dinyatakan atau tersirat oleh sebarang maklumat pada laman web ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan mana-mana laman web lain atau petikan daripada pautan atau halaman berkaitan atau berpaut ke laman web ini. Kami tidak mengesahkan kandungan mana-mana laman web sebegini. Mengikut pautan-pautan ke lain-lain laman web atau halaman adalah di atas risiko anda sendiri dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kerosakan atau dalam sebarang cara lain berkaitan hubungan dengan pautan.
RPH yang dimuat turun
RPH dan RPT lengkap yang dimuat turun hanyalah untuk kemudahan dan kegunaan individu dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung sebarang kesukaran atau akibat berkaitan dengan memuat turun bahan tersebut.
MESEJ SEKURITI
Mesej dihantar atas risiko pengguna
Mesej-mesej yang dihantar melalui Internet tidak boleh dijamin selamat sepenuhnya kerana mereka tertakluk kepada kemungkinan pemintasan atau hilang atau kemungkinan pindaan. Kami tidak bertanggungjawab untuk perkara-perkara tersebut dan tidak menanggung apa-apa terhadap anda atau mana-mana orang untuk sebarang ganti rugi atau sebaliknya berkaitan dengan sebarang mesej yang dihantar oleh anda kepada RPH365 atau sebarang mesej yang dihantar oleh RPH365 kepada anda melalui Internet.
GANTI RUGI
Anda dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi dan sentiasa melindungi RPH365 daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian (secara langsung atau tidak langsung) dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran perundangan pada dasar menanggung rugi sepenuhnya, yang mungkin disebabkan oleh RPH365 atau mana-mana Vendor dan Affiliate daripadanya berkaitan dengan atau akibat daripada
- anda salah guna laman web ini dan perkhidmatan yang dibekalkan di sini; sama ada secara sengaja atau sebaliknya, atau
- anda melanggar terma dan syarat walau macam mana pun terjadi, atau
- sebarang hak harta intelektual atau tuntutan pelanggaran hak empunya yang dilakukan oleh pihak ketiga terhadap RPH365 berkaitan dengan penggunaan atau salah guna laman web ini.
LAIN –LAIN
Tiada Penepian
Kegagalan RPH365 untuk melaksanakan atau menegakkan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak mewakili penepian hak atau peruntukan tersebut.
Kebolehasingan
Sekiranya mana-mana daripada terma dan syarat ini ditetapkan tidak sah atau tidak boleh dikenakan menurut sebarang undang-undang, yang berkaitan dengan RPH365, lalu peruntukan yang tidak sah dan tidak boleh dikenakan akan dianggap telah digantikan oleh peruntukan yang sah, boleh dikenakan yang paling sepadan dengan peruntukan asal, tanpa memansuhkan sebarang peruntukan lain terma dan syarat di sini.
UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Dengan mengakses laman web ini dan / atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web ini, anda bersetuju bahawa undang-undang Malaysia:
- akan merangkum akses tersebut dan penyediaan perkhidmatan sebegini, dan
- akan terpakai dalam tafsiran terma dan syarat ini.